Raya Yatim

 

**SIARAN MEDIA**


**UNTUK SEGERA DIEDAR**


**Acara Raya Yatim: Merayakan Kesyukuran Bersama Anak Yatim di Seluruh Malaysia**


*Ipoh, 25 April 2024* – Pentas Aksi dengan bangga mengumumkan pelancaran program "Raya Yatim", sebuah inisiatif yang menghimpunkan komuniti Malaysia untuk merayakan kemesraan dan kegembiraan bersama anak yatim dari rumah-rumah terpilih di seluruh negara.


Program ini bertujuan untuk mewujudkan pengalaman Raya yang bermakna bagi anak-anak yatim, serta memperkukuhkan ikatan sosial di kalangan masyarakat tempatan. Kami sangat berbesar hati kerana mengumumkan bahawa penglibatan pertama adalah dari rumah anak yatim Baitul Mahabbah, sebuah rumah yang mengasuh dan memberi perlindungan kepada anak-anak yang memerlukan di Malaysia.
Baitul Mahabbah ialah pusat perlindungan penempatan kanak-kanak sementara proses dokumentasi oleh negara masing-masing selesai.


Acara Raya Yatim ini akan diadakan pada:


**Tarikh**: [5 Mei 2024]

**Masa**: [5pm-7pm]

**Tempat**: [Masjid Jamek Tanjong Malim]


Program Raya Yatim akan menyediakan pelbagai aktiviti yang meriah dan berimpak bagi anak-anak yatim yang hadir. Antara aktiviti yang dirancang termasuk persembahan kreatif, permainan interaktif, serta santapan istimewa Raya. Kami juga akan menyediakan sumbangan keperluan asas kepada rumah anak yatim yang terlibat untuk memastikan keseronokan dan keselesaan mereka semasa menyambut bulan suci Ramadan dan Hari Raya.

Sumbangan boleh disalurkan:

CIMB BANK BERHAD: 8601215824

Rujukan: rayayatim


Kami menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai kami dalam usaha murni ini untuk menyebarkan kebahagiaan dan kasih sayang kepada anak-anak yatim. Sumbangan dan sokongan anda akan memberikan pengalaman Raya yang tidak terlupakan bagi mereka yang kurang bernasib baik.


Untuk maklumat lanjut mengenai program "Raya Yatim", sila hubungi:


[Hubungi: Prof Piko & Ustazah Aida +60175556815]

[Alamat Emel: media@pentasaksi.com]


Ikuti perkembangan terkini program "Raya Yatim" melalui laman web kami:


http://www.pentasaksi.com


Kami berharap agar kesedaran dan kegembiraan yang dihasilkan dari program ini akan terus memberi kesan positif kepada komuniti kita dan membawa sinar keceriaan kepada anak-anak yatim di seluruh Malaysia.


*Akhir*


**Tentang Pentas Aksi:**

Pentas Aksi adalah sebuah organisasi bukan untung yang berdedikasi untuk memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif sosial dan kebudayaan. Dengan sokongan daripada sukarelawan, penaja, dan masyarakat setempat, kami berusaha untuk membawa perubahan positif kepada kehidupan individu-individu yang memerlukan di Malaysia.

Infaq Remdan


Infaq Remdan: Menyantuni Asnaf, Anak Yatim dan pelarian perang sempena Hari Raya.


"Dimasa bulan Remdan, kita berpuasa hingga sebulan" Saloma.

Pakej 1: Lesmana RM300
Pakej 2: Pendiqa RM150
Pakej 3: Anggerik RM100

ATAU dermakan seikhlas hati anda untuk mereka menikmati pakaian baru dan juadah hari bahagia.

"Miskin kaya memakai baju baru warna warni,
Mengunjungi sanak saudara kaum famili"


8601215824: CIMB BANK
Ref: infaqremdan


Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat ganda untuk para dermawan sekalian.
Untuk pengecualian cukai sila hubungi media@pentasaksi.com atau telefon +60175556815 (Pentas Aksi)

Keterangan Pakej Pilihan:

1. Lesmana: RM300
Kuih raya 5 bekas, baju raya & duit raya RM50.

2. Pendiqa: RM150
Kuih raya 3 bekas & duit raya RM50.

3. Anggerik: RM100
Kuih raya 2 bekas & duit raya RM50.

Sebuah usahasama dengan NEGARA RECORDS.

#infaqremdan #pentasaksi



Kemaskini Rakan Penaja:

1. Tudung Turki 2 helai RM100
2. Sampul Raya 1 paket RM10
3. Beras 10kg 1 paket RM25

OH KOME TOUR 2024

 


MARIONEXXES Oh Kome Tour 2024 (Muzik, Sejarah & Budaya Popular di Perak)

Ipoh - 3hb February 2024
Parit Buntar - 4hb February 2024
Tanjung Malim - 9hb February 2024
Taiping - 10hb February 2024
Bagan Datoh - 11hb February 2024
Selama - 17hb February 2024
Batu Gajah -18hb February 2024
Tapah - 19hb February 2024
Teluk Intan - 24hb February 2024
Kuala Kangsar - 25hb February 2024

Mock up video:

Sponsorship package Deck: http://bit.ly/ohkomesponsor

Oh Kome start in 2012 when MARIONEXXES approach Mr Os to feature in a single. (Reported by Harian Metro)

A brand new Music Video supported by Dana Kreatif Perak under PORT in 2022. 

Oh Kome Tour 2024 organised by Negara Records, management by Pentas Aksi.

MORE INFO ON: http://www.mohkome.com

Menakluk Jagatraya - HE.A.L @ Aspen


HE.A.L @ Aspen

Dapatkan album debut Menakluk Jagatraya dari The Alif.

ind1e menampilkan The Alif sebagai pembuka jelajah Menakluk Jagatraya di Aspen Academy, pada Ahad, 10 Disember 2023 mulai 9 pagi. Antara lagu hits yang akan diperdengarkan ialah Masa, Ratna (Juara Carta Rakita FM) dan Hujan di Jendela, sebuah tribut untuk bumi Palestin. Masuk PERCUMA.

RSVP di sini: https://bit.ly/ind1easpen

#pentasaksi #ind1e #thealif #menaklukjagatraya #indie.my




Biodata The Alif:

ind1e: Pesta Seni NFT

 

ind1e: Pesta Seni NFT

    
                        




Pemecut Alam Sekitar Perak 2023

Program: Bengkel Pemecut Alam Sekitar 2023
Anjuran: Biji-Biji Initiative
Disokong oleh: Yayasan Hasanah & Kementerian Kewangan Malaysia
Rakan Acara: Persatuan Kebudayaan & Kesenian Orang Asal Perak (PKKOAP)
Venue: Sahom Valley Resort, Kampar, Perak
Tarikh: 23 Mei 2023





 Sasaran: 
  1. Ekonomi Hijau
  2. Komuniti yang bertanggungjawab dan berwibawa
  3. Warisan semula jadi yang terpelihara dengan baik
  4. Daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana

Covid19ital ''Seniaga Norma Baharu''

11 Mei 2023: SIARAN MEDIA SEGERA




TUTORUMAH: Bantuan Diperlukan Untuk Bayaran Bil Air Selangor Tertunggak

Akaun Air Selangor: 6629440964

Nombor Bil: 662086750565

Jumlah Tunggakan: RM197.00

Biller code JOMPAY: 4200
Rujukan: 662086750565


Hari ini Tutorumah telah dipotong bekalan air kerana tunggakan yang berlaku akibat tidak dapat email bulanan dari Air Selangor. 

Sesiapa individu atau NGO yang boleh bantu untuk bayaran pendahuluan sila bantu dengan kadar segera sementara pihak pengurusan mendapatkan bayaran akhir Yayasan Inovasi Malaysia untuk projek COVID19ital.

Mohon hantar resit bayaran dan info maklumat lanjut hubungi:
Telefon:  +60175556815 (Prof Piko)

Email: piko@pentasaksi.com

Tutorumah ialah sebuah inisiatif pusat pendidikan atas tallan di bawah program COVID19ital oleh Pentas Aksi.
Lokasi premis Tutorumah disewa RM1300 sebulan berhampiran UiTM Puncak Alam. Dana awal program ini didahulukan oleh Yayasan Inovasi Malaysia melalui COVID19ital, pelancarannya di Ruang Reka, Terengganu pada 7 Januari 2022. COVID19ital juga ialah salah satu finalis sebuah siri TV program yang mendapat perhatian Kementerian Ekonomi, INNOVATHON yang akan mula bersiaran di Astro tidak lama lagi.

Terima kasih.

www.pentasaksi.com 


Nota: War-warkan kepada hartawan dermawan yang budiman. Kita bantu transformasi pendidikan digital untuk semua. Ayuh!



Program COVID19ital menerima sijil penyertaan dari Menteri Sains dan Teknologi, YB Chang Lih Kang di acara Majlis Penutupan NGO@Makerthon pada 9 Mei 2023 turut disaksikan CEO SME CORP, Encik Rizal Nainy dan CEO Yayasan Inovasi Malaysia, Dr Sharmilla. Foto kredit: Ustazah Aida







PENTAS AKSI melancarkan sebuah program NGO@Makerthon yang bertajuk COVID19ital pada 7 Januari 2022. Fokus program 
ini ialah untuk membantu mengenalpasti penduduk sekitar dari lokaliti Terengganu yang mempunyai bakat unik supaya diketengahkan secara lebih digital bersama teknologi seperti Non Fungible Token (NFT). Selari dengan motto ‘Martabat Modal Insan’ yang mencari pemilik bakat untuk dijadikan ikon baru bagi sesuatu wilayah. Objektif program ini untuk membantu usahawan lokal menggunakan bakat seni lokal sebagai sumber produksi setempat untuk promo produk mereka secara lebih meluas di atas talian. Program ini dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) melalui agensi pelaksana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
 


 
Peserta yang terdiri dari ahli komuniti setempat ditawarkan aktiviti pengukuhan bakat yang meliputi digital usahawan eBengkelkelas bakat Tutorumah dan Applikasi yang dikelolakan oleh Pentas Aksi dengan tema ‘Seniaga Norma Baharu’. Program ini meliputi elemen asas seni budaya seperti muziktarian dan lakonan.


 Ia 
kemudian dikaitkan dengan aktiviti penjenamaan produk niaga lokal yang relevanKategori sampingan baru berasaskan bakat juga ditambah untuk menyeimbangkan aktiviti tradisi setempat berdasarkan projek I’M Singles yang pernah mencipta sejarah tahun 2012 sebagai sebuah album kompilasi indie pertama negara menggabungkan pelbagai latar genre unik termasuk dutanyaBunkfaceBeberapa siri pertandingan bakat juga diadakan supaya barisan pelapis industri dapat disediakan untuk masa depanAntaranya ialah Pertandingan Mencipta Lagu, Pertandingan Seni Tari dan Pertandingan Tiru Aksi LakonanBorang penyertaan beserta info lanjut disediakan di 
http://www.pentasaksi.com . Hadiah menarik menanti peserta semua. 



 

Acara pelancaran dilaksanakan di RuangReka, PPR Hiliran, Terengganu turut dibantu Persatuan Penduduk PPR Padang Hiliran Terengganu untuk meningkatkan penggunaan digitalisasi dalam komuniti setempat. Sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang akan memfokuskan Belia Berteknologi Tinggi, program ini diharap dapat membantu mencetuskan lebih banyak peluang digital kepada warga setempat untuk capaian lebih meluas. Rakan kerjasama program ini terdiri daripada radio rasmi, Online FM, media rasmi Selebriti Online, token rasmi, Detik.ai yang turut serta bersama Me.reka dan Biji-Biji Initiative. 


 

 


Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code